Thursday, 26 June 2014

#5 Ramadankah Kita?

  No comments

“Aikk, dah nak puasa dah?” Ramai yang mula sedar Ramadan akan tiba dalam beberapa hari sahaja lagi. Bagaikan baru sahaja bulan lepas habis Ramadan. Tengok tengok dah nak masuk Ramadan lagi satu. Sungguh cepat masa berlalu, tu namanya kiamat dah dekat.

Sudah bersiapkah kita nak menghadapi Ramadan kali ini? Maybe lar ada azam cliche masa puasa nak khatam Al-Quran paling paling kurang sekali. Namun, kita ni dah practice ka nak khatam al-Quran masa Ramadan? Kalau masa sekarang pun nak tengok al-Quran pun dah malas, inikan pula nak khatam al-Quran.

But, it is never too late. Kita masih boleh buat perubahan. Tapi dalam perubahan tu, start lar sikit sikit. Kalau nak burst terus memang takkan jadi. Believe me. Mulakan dengan baca al-Quran lepas solat, paling kurang pun satu page. Kalau dah boleh, upgrade sikit bilangan page baca tu. Be istiqamah, Insyaallah boleh.

Bulan Ramadan ni jugak bukan bermakna kita hanya puasa dan khatam al-Quran. There’s a lot that we can do. Solat sunat rawatib, solat sunat dhuha, sedekah, and many more. Perbanyakkan ibadah kita masa bulan mulia ni, sebab setiap amalan yang kita buat akan digandakan lebih banyak daripada kita buat dalam bulan lain. Bulan Ramadan ni jugak, kita patut kejar malam Lailatul Qadar, iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.


Wallahua’lam.

No comments :

Post a Comment