Thursday 9 April 2015

#9 Jaga Sama-sama (cont.)

  1 comment
Kalau kita boleh jaga hubungan dengan Allah masa kita di sekolah menengah, takkan kita tak boleh jaga hubungan dengan Allah selepas alam persekolahan, yakni semasa di universiti nanti? Kalau kita jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jaga kita; tak kira di mana pun kita berada, dalam situasi apa.

Nak jaga Allah, first sekali kita kena jaga hati kita. Hati tu macam ketua bagi badan. Kalau rosak hati, maka rosaklah seluruh badan tu. Macam mana nak jaga hati? Dengan selalu ingat Allah, ingat rahmat dan kebesaran-Nya. Jangan fikir benda lucah, jangan ada rasa hasad dengki dengan orang lain, jangan ada rasa putus asa dengan Allah, lebih-lebih lagi kalau baru lepas buat dosa.