Thursday 9 April 2015

#9 Jaga Sama-sama (cont.)

  1 comment
Kalau kita boleh jaga hubungan dengan Allah masa kita di sekolah menengah, takkan kita tak boleh jaga hubungan dengan Allah selepas alam persekolahan, yakni semasa di universiti nanti? Kalau kita jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jaga kita; tak kira di mana pun kita berada, dalam situasi apa.

Nak jaga Allah, first sekali kita kena jaga hati kita. Hati tu macam ketua bagi badan. Kalau rosak hati, maka rosaklah seluruh badan tu. Macam mana nak jaga hati? Dengan selalu ingat Allah, ingat rahmat dan kebesaran-Nya. Jangan fikir benda lucah, jangan ada rasa hasad dengki dengan orang lain, jangan ada rasa putus asa dengan Allah, lebih-lebih lagi kalau baru lepas buat dosa.



Yang kedua, jaga mulut. Mulut, kalau ikut perumpamaan, lebih tajam dari pedang. Mulut boleh jadi penawar, dan juga boleh jadi racun. Jangan cuba nak mengumpat, nak sakitkan hati orang lain. Cuba berlatih diri untuk bercakap benda yang bermanfaat, tetapi jika tiada, diam itu adalah yang terbaik. Rajin-rajinkanlah diri untuk sentiasa berzikir, sentiasa istighfar. Alang-alang tak ada kerja kat rumah tu.

Yang ketiga, jaga telinga. Bila dah bosan, duduk mereput kat rumah, mesti dengar lagu kan? Awas, lagu-lagu sekarang banyak yang dah selit unsur-unsur mencarut dan lucah, even lagu tu bagi motivasi pun. Memang rasa macam tak ada efek kat diri, “Aku kebal lah, ni lagu je pun”, tapi, ingatlah apa yang kita dengar akan transfer ke mulut slow-slow. Tak salah untuk degar lagu, tapi hati-hati lah. Lagi satu, jangan dengar orang tengah mengumpat or bergossip.

Yang keempat, jaga mata. Eye is the door to the world. Otak menyerap lebih info melalui mata. So kalau kita tengok maksiat, benda tu lagi senang nak melekat dalam kepala otak kita. Inversely, kalau kita tengok pemandangan alam, tengok kebesaran Allah, kita akan lagi senang untuk lagi dekat dengan Allah.

Yang terakhir, jaga perut kita. “No human ever filled a vessel worse than the stomach....” (Narrated by Ahmad, At-Tirmidhee, An-Nasaa'ee, Ibn Maajah - hadeeth saheeh). Kita kena jaga perut kerana apa yang makan akan beri kesan terhadap ibadah kita. Let’s say kita makan banyak sampai tak larat nak jalan untuk satu hari tu, then kita expect nak bangun tahajjud malam tu. Agak-agak kita bangun tak? Mesti tak kan sebab dah kenyang. Makan ni jugak antara punca hati kita tertutup. Kalau kita tengok para ulama’, kebanyakannya selalu berlapar untuk beribadah. One more, ambiklah makanan dari sumber yang halal. Sabda Rasulullah dalam sebuah hadis diriwayatkan at-Tirmizi yang bermaksud:   “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.”

Sekian sahaja coretan kali ini. Untuk makluman, ini merupakan intipati khutbah jumaat di Masjid Dato’ Keramat, Pulau Pinang. Cuma ada sedikit penambahan dari saya.


Wallahua’lam.

1 comment :

  1. Sands Casino | SGHC | SGHC in Atlantic City, NJ
    Sands Casino, formerly Crowne 샌즈카지노 Plaza, is a Casino in New Jersey that's now open. Enjoy the excitement of 온카지노 the casino world with 메리트 카지노 our full

    ReplyDelete