Wednesday 28 January 2015

IKLAN

  No comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Pernah dengar tentang PERMATApintar?
Ingin tahu jika anda pintar dan berbakat?
Tarikh tamat: 31 Mei 2015
Tempat ujian: rumah, sekolah - http://ukm1.permatapintar.edu.my/
Taraf ujian: Peringkat Kebangsaan (ada sijil dalam talian, jika mencapai skor tertentu)
Calonkan
1) diri anda jika anda pelajar 8-15 tahun
2) sahabat anda (8-15 tahun)
3) anak anda (8-15 tahun)
4) kaum kerabat anda (8-15 tahun)
(ujian masih perlu dibuat oleh pelajar/murid dengan jujur dan bertanggungjawab)
8 tahun pelajar Islam sahaja - Calon program PERMATA Insan http://permatainsan.usim.edu.my/ di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
9-15 tahun calon untuk program PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH di UKMhttp://www.ukm.my/permatapintar/perkhemahan-cuti-sekolah/
10 tahun (darjah 5) - 12 tahun (darjah 6) calon Kolej PERMATApintar UKM - Asas 1 / tingkatan 1 2016
13 tahun (tingkatan 2) - 15 tahun (tingkatan 3) calon Kolej PERMATApintar - Tahap 1 / Tingkatan 4 2016http://www.ukm.my/permatapintar/pendidikan-permatapintar/
Murid warganegara Malaysia bersekolah di bawah KPM, MRSM, sekolah negeri, persendiran, antarabangsa dan 'home schooling' layak mencalonkan diri untuk mengambil ujian ini.
Ujian ini dijalankan tanpa birokrasi/protokol. Ia adalah percuma.
Murid warganegara Malaysia bersekolah di bawah KPM, MRSM, persendiran dan 'home schooling' layak mencalonkan diri untuk mengambil ujian ini.
Ujian ini dijalankan tanpa birokrasi/protokol. Ia adalah percuma dan dijalankan sejak tahun 2009. 2015 ujian ini sudah masuk tahun ke 7
Pelajar lepas kolej PERMATApintar kini berada di luar negara dan dalam negara menyambung pelajar dalam pelbagai bidanghttp://quadpukm.blogspot.com/
Sebagai bekas pelajar Kolej PERMATApintar, saya amat menggalakkan siapa-siapa yang layak untuk mengambil ujian ini. Banyak manfaat dapat diperoleh daripada program ini. 

Friday 9 January 2015

#7 Kahfi or Yassin?

  No comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari dan amal ibadah pada hari ini amat digalakkan. Surah al-Kahfi dan surah Yassin merupakan surah yang lazim dibaca pada hari Jumaat. Mungkin ada sebilangan daripada kita yang tertanya-tanya, mana satu lebih afdal dibaca? Surah Kahfi atau surah Yassin?