Friday, 9 January 2015

#7 Kahfi or Yassin?

  No comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Image


Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari dan amal ibadah pada hari ini amat digalakkan. Surah al-Kahfi dan surah Yassin merupakan surah yang lazim dibaca pada hari Jumaat. Mungkin ada sebilangan daripada kita yang tertanya-tanya, mana satu lebih afdal dibaca? Surah Kahfi atau surah Yassin?


Soalan ini pernah ditujukan daripada rakan saya, Ahmad Hathim. Dan saya buntu untuk menjawab soalan itu. Kami akhirnya membawa persoalan ini kepada guru kami, Ust.Hazim Haznan. Jawapan yang diberi cukup ringkas.

“Tak kisah lah apa pun, janji baca al-Quran.”

Kami tersentap seketika.

“Jika sekolompok masyarakat itu adatnya baca al-Kahfi pada setiap Jumaat, maka jangan diubah adat itu. Begitu juga jika adatnya ialah Yassin. Dalam situasi ini, perpaduan ummah amat penting.”

Sebenarnya, ada lagi perkara yang disampaikan oleh ustaz tetapi saya tidak dapat mengingati semula.
Apa pun, yang penting di sini ialah perpaduan ummah. Janganlah disebabkan perbezaan pemikiran, agama tergadai. Nak lagi  mudah, baca je dua-dua. Dapat pahala lebih. J


Wallahua’lam.

No comments :

Post a Comment