Thursday 26 June 2014

#5 Ramadankah Kita?

  No comments

“Aikk, dah nak puasa dah?” Ramai yang mula sedar Ramadan akan tiba dalam beberapa hari sahaja lagi. Bagaikan baru sahaja bulan lepas habis Ramadan. Tengok tengok dah nak masuk Ramadan lagi satu. Sungguh cepat masa berlalu, tu namanya kiamat dah dekat.

Sudah bersiapkah kita nak menghadapi Ramadan kali ini? Maybe lar ada azam cliche masa puasa nak khatam Al-Quran paling paling kurang sekali. Namun, kita ni dah practice ka nak khatam al-Quran masa Ramadan? Kalau masa sekarang pun nak tengok al-Quran pun dah malas, inikan pula nak khatam al-Quran.

But, it is never too late. Kita masih boleh buat perubahan. Tapi dalam perubahan tu, start lar sikit sikit. Kalau nak burst terus memang takkan jadi. Believe me. Mulakan dengan baca al-Quran lepas solat, paling kurang pun satu page. Kalau dah boleh, upgrade sikit bilangan page baca tu. Be istiqamah, Insyaallah boleh.

Bulan Ramadan ni jugak bukan bermakna kita hanya puasa dan khatam al-Quran. There’s a lot that we can do. Solat sunat rawatib, solat sunat dhuha, sedekah, and many more. Perbanyakkan ibadah kita masa bulan mulia ni, sebab setiap amalan yang kita buat akan digandakan lebih banyak daripada kita buat dalam bulan lain. Bulan Ramadan ni jugak, kita patut kejar malam Lailatul Qadar, iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.


Wallahua’lam.

Wednesday 18 June 2014

#4 Ibadah Bukan Solat

  No comments
Assalamualaikum w.b.t

Ada yang mungkin musykil, mungkin mengutuk apabila melihat tajuk post ini. Sesetengah di dalam hati berkata, “Aikk, apasal blogger ni kata ibadah bukan solat? Dia ni buat ajaran sesat ke apa ni?”. Ya, mungkin ini terdetik dalam hati anda. But, don’t judge the book by its cover, okay? Keep on reading.

Ana di sini bukanlah ingin membuat ajaran baru, tetapi ayat di atas masih tergantung. Sepatutnya ia adalah ibadah bukanlah solat semata-mata, namun lebih daripada itu. Sebelum itu, pernahkah anda buat begitu banyak ibadah namun masih terasa melakukan banyak maksiat? Salah satu sebabnya adalah niat dalam melakukan ibadat.

In Ibadah, first thing first is the Niah. Kalau niat kita betul, maka Insyaallah hingga selesai ibadah akan menjadi betul. Jika niat pun dah bukan kerana Allah – manusia, wang, pujian – maka sehingga selesai ibadah itu akan menjadi salah. Kalau dah salah, bukan ibadah namanya, malahan boleh mendapat dosa.

Namun, kalau semua benda yang kita buat, kita niatkan kerana Allah, ia akan jadi ibadat. Mudah bukan kalau nak dapat pahala? Masalah umat Islam sekarang, nak senang tengok di Malaysia sendiri, sebahagian orang Islam pandang Islam hanya di tikar sejadah dan pelamin. Mereka tidak menjadikan Islam sebagai cara hidup mereka, walaupun Islam itu sendiri sudah lengkap secara keseluruhannya.

Inilah penyakit yang melanda masyarakat Islam sekarang. Penyakit di mana agama terpisah daripada kehidupan seharian. Penyakit yang diperkenalkan oleh yahudi semasa ingin menjatuhkan kerajaan Islam Turki Uthmaniyah. Kesannya, hingga sekarang masih ada, malah makin berleluasa.

Jadi, sedarlah. Hidup sebagai seorang Muslim ini bukan untuk solat semata-mata, tetapi lebih daripada itu. Jadilah Muslim yang mukmin, yang mana menjadikan dunia ini sebagai tempat persinggahan untuk mencari bekalan pahala untuk akhirat.


Wallahua’lam.

Sunday 1 June 2014

#3 Hah Exam? Tak Study Lagi!

  No comments
Keringatnya memercik. Terpapar beribu kerut di dahi. Tangan menggeletar bak gempa 9.0 skala Ritcher di Jepun. Fikirannya ingin memikir, tapi kosong. Dibiarkan ruangan jawapan kosong sebagaimana kosongnya fikirannya ketika itu. Akhirnya, penantian 2 jam setengah berakhir. Dia selesai menjawab kertas Kimia dengan penuh dukacita. Dia teringat hari-hari sebelumnya, di mana main dan berbual menjadi rutin hariannya, sehinggalah seorang kawan bertanya, “dah study ke? Exam start esok”. Waktu itu, manusia bertukar menjadi lipas. Dirembatnya mana2 buku berdekatan untuk dibaca.

Situasi ini mungkin pernah kita lalui, mungkin rakan kita lalui, paling tidak pun kebanyakan pelajar diluar sana lalui. Apabila mendekati peperiksaan, barulah terkial-kial mencari buku, barulah pergi ke tuisyen-tuisyen, barulah ingin stay up sampai pukul 2, 3 pagi menelaah buku. Persoalannya, adakah apabila tibanya peperiksaan, hanya itu kita baru nak study?

Sejak Nabi Adam diturunkan ke bumi oleh Allah, baginda telah pun diuji dengan terpisahnya baginda daripada isteri tercinta, Hawa. Manusia apabila lahir ke dunia sudah diuji dengan pelbagai ujian, sama ada dalam bentuk kesenangan atau musibah daripada Allah s.w.t. Peperiksaan pula adalah ujian daripada manusia untuk mengukur tahap kefahaman kita tentang sesuatu. Manakala ujian daripada Allah bertujuan untuk menguji tahap keimanan kita terhadap-Nya. Bezanya lagi, kalau exam manusia, kita akan diinform dulu. Tapi kalau ujian daripada Allah, it happen anytime, anywhere, and it continuously happen, whether we’re ready or not.  

Kalau dalam exam manusia berjaya, dapatlar pointer bagus, kalau x success, dapat pointer buruk. Tapi kalau lepas ujian Allah ngan sempurna, dapatlar pahala, boleh pergi syurga. Kalau lepas tak perfect, dosa lar habuannya, neraka na’uzubillah perginya. Kalau dalam exam manusia, study is mainly the key to success. But dalam ujian Allah, iman itu penting. Dan ujian akan membentuk iman menjadi lebih kukuh dan mantap dari sebelumnya. Sebab tu Allah bagi ujian kepada makhluknya. Nak bagi makhluknya bertambah keimanan, supaya lebih dekat kepada-Nya.

Pendek kata, ujian Allah is very differ from the human’s.  Allah has planned what is best for his servants. Allah has said in the Quran, “Allah do not place a burden greater than a soul can bear” (2:286).  If you think of giving up in life because of problems you can’t handle, then think this Quran verse again. You realy can handle it, it just you need more courage, support and effort.

Wallahua’lam