Wednesday 4 May 2016

Pendakian Gunung Jerai

  No comments
Salam pembuka bicara buat semua. Pertama sekali, blog ini dah lama tak update. Minta maaf banyak banyak. :( Sebelum ni busy dengan universiti.

Post ni nak cerita pengalaman saya dan 2 member mendaki gunung Jerai pada 30 April lalu. Hiking ini melalui jalan tar naik dan turun, iaitu di Titi Teras, jalan menuju ke Guar Chempedak. Kami tidak ada transport, cuma kenderaan parent member. Pendakian bermula pada kira-kira pukul 8. Terdapat juga jalan trek hutan ke puncak seperti diceritakan oleh kucingbacakitab.




Permulaan dan puncak Gunung Jerai di Regency. 
Pendakian kami hanya ke Regency, puncak kedua bertinggian 986 m kerana puncak pertama (1217m) merupakan kawasan larangan yang menempatkan pemancar radio. Di kaki gunung ini terdapat perkhidmatan van ulang alik ke puncak berharga sekitar rm10 seorang sehala. Jika sewa satu van terus mungkin harganya lagi rendah. Pada sekitar 2 kilometer pertama terdapat banyak dusun terutamanya dusun durian di tepi-tepi jalan. Penduduk tempatan juga ramai yang berjoging di 2 km yang pertama.

Kalau diikutkan memang banyak kenderaan lalu lalang di jalan ni. Dah macam jalan biasa. So be careful kalau ada kereta lalu kat sebelah, especially kalau ada gaung sebelah jalan tu. Kalau perasan there's a lot of u-turns and sharp corners along the road. Sebelum u-turn tu, selalunya akan ada sedikit shortcut untuk ke atas yang boleh diredah. Kami redah dalam 4-5 shortcut macam tu, tapi kena confirm ada jalan kat atas baru boleh redah, kalau tak jadi sesat macam kami. Nasib ada gps so back on track.

Dalam nak dekat sampai ke atas, kami jumpa muzium perhutanan. Sebelum tu kami jumpa jalan masuk ke hutan lipur Sungai Teroi. Muzium ni kami tak masuk, so tak tahu bila buka dan kalau ada bayaran masuk. Selalunya muzium ni tak banyak orang pun sebab semua nak pergi puncak.

Lokasi muzium pertahanan. Di sini juga jumpa jalan masuk hutan lipur.

Setelah kira-kira 4 jam, kami sampai ke puncak. Pendakian ini memang menyakitkan fizikal dan mental, tapi berbaloi untuk permandangan di puncak. Kami terus berhenti di Regency dan melepaskan penat di bawah pokok kerana tiada wakaf ataupun pondok. Rata-rata orang di puncak semuanya berpakaian cantik-cantik, kami ja berlemuih. Terdapat juga surau di situ untuk kemudahan solat.

Boleh nampak Yan dan kawasan pantai






Setelah sejam di puncak, kami turun untuk mandi di Sungai Teroi, Malangnya, kawasan hutan lipur sunyi sepi kerana air sungai kering (literally kering). Dengan hampa, kami naik semula ke muzium perhutanan untuk solat dan makan sebelum meneruskan perjalanan turun. Kami selamat turun kira-kira pukul 5.20 petang. Alhamdulillah selesai pendakian ke Gunung Jerai.

Sekian wallahua'lam.

No comments :

Post a Comment