Wednesday, 18 June 2014

#4 Ibadah Bukan Solat

  No comments
Assalamualaikum w.b.t

Image
Ada yang mungkin musykil, mungkin mengutuk apabila melihat tajuk post ini. Sesetengah di dalam hati berkata, “Aikk, apasal blogger ni kata ibadah bukan solat? Dia ni buat ajaran sesat ke apa ni?”. Ya, mungkin ini terdetik dalam hati anda. But, don’t judge the book by its cover, okay? Keep on reading.

Ana di sini bukanlah ingin membuat ajaran baru, tetapi ayat di atas masih tergantung. Sepatutnya ia adalah ibadah bukanlah solat semata-mata, namun lebih daripada itu. Sebelum itu, pernahkah anda buat begitu banyak ibadah namun masih terasa melakukan banyak maksiat? Salah satu sebabnya adalah niat dalam melakukan ibadat.

In Ibadah, first thing first is the Niah. Kalau niat kita betul, maka Insyaallah hingga selesai ibadah akan menjadi betul. Jika niat pun dah bukan kerana Allah – manusia, wang, pujian – maka sehingga selesai ibadah itu akan menjadi salah. Kalau dah salah, bukan ibadah namanya, malahan boleh mendapat dosa.

Namun, kalau semua benda yang kita buat, kita niatkan kerana Allah, ia akan jadi ibadat. Mudah bukan kalau nak dapat pahala? Masalah umat Islam sekarang, nak senang tengok di Malaysia sendiri, sebahagian orang Islam pandang Islam hanya di tikar sejadah dan pelamin. Mereka tidak menjadikan Islam sebagai cara hidup mereka, walaupun Islam itu sendiri sudah lengkap secara keseluruhannya.

Inilah penyakit yang melanda masyarakat Islam sekarang. Penyakit di mana agama terpisah daripada kehidupan seharian. Penyakit yang diperkenalkan oleh yahudi semasa ingin menjatuhkan kerajaan Islam Turki Uthmaniyah. Kesannya, hingga sekarang masih ada, malah makin berleluasa.

Jadi, sedarlah. Hidup sebagai seorang Muslim ini bukan untuk solat semata-mata, tetapi lebih daripada itu. Jadilah Muslim yang mukmin, yang mana menjadikan dunia ini sebagai tempat persinggahan untuk mencari bekalan pahala untuk akhirat.


Wallahua’lam.

No comments :

Post a Comment