Friday 20 February 2015

#8 Jaga Sama-sama

  No comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Batch 97 ramai yg dah mengintai-intai universiti dan kursus-kursus yang ingin dipelajari. Ada juga yang telah pun memasuki asasi. Ada juga yang masih tidak berbuat apa-apa dan asyik ‘throwback’ memori sekolah lama. Tak sampai sebulan lagi result SPM akan keluar. Lepas tu semua dah ikut haluan sendiri, masuk uni lain-lain. Kawan pun dah lain-lain. Perangai pun ikut jadi lain.



Tapi, amal ibadat kita dah jadi lain ke? Kalau dah tak kena bangun awal, adakah tu bermakna subuh kita dah jadi ‘subuh gajah’? Adakah kita hanya tunggu bacaan al-Mulk dibacakan di speaker surau? Adakah kita hanya tunggu rakan kita ajak kita untuk solat berjemaah di surau? Jika kita sudah hidup keseorangan tanpa kawan-kawan yang mengajak kita melakukan kebaikan, adakah kita akan tetap dan masih melakukannya?

Bila dah keluar sekolah menengah dan nak masuk uni, percayalah, kita akan jumpa macam-macam jenis orang. Ada yang alim, ada yang biasa-biasa, ada yang gengster gila, ada yang freehair. Hatta, macam-macam lah. Masa ni lar kita perlu pilih kawan elok-elok. Jangan pilih kawan yang hanya mahu berseronok je. Pilihlah kawan yang mampu ajak kita untuk rapat dengan Allah.

حبل من الله، حبل من الناس  (harap betul ejaan ni). Jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan manusia. Ramai yang selalu or pernah dengar, tapi tak betul-betul menghayati. Ada jugak yang buat hanya salah satu. Ada yang selalu solat, tapi selalu mengumpat. Ada jugak yang perangai okay, tapi tak solat. Nak jadi muslim yang mukmin, jaga lah dua-dua. Jagalah hubungan antara Allah dan manusia, nescaya kita akan selamat di dunia dan insyaallah di akhirat nanti.

Sebagai penutup, cubalah amalkan balik amalan-amalan sunat yang selalu kita buat dahulu – puasa Isnin Khamis, solat hajat, tahajud. Jangan lupa juga try contact balik kawan-kawan lama. Tanya khabar, borak-borak lah sekejap. Semoga ukhwah masih terjalin rapat.
Sayang aku takde dalam gambar ni... 😓

Wallahua’lam.

No comments :

Post a Comment